Luar Negara

Live Streaming: 3 sebab anda perlu saksikan Bologna vs Juventus

Juventus mempunyai peluang yang cukup baik untuk memotong kedudukan Inter Milan di carta liga Serie A apabila pasukan Turin itu menentang Bologna malam ini. Kami telah menyenaraikan tiga sebab untuk anda menyaksikan perlawanan ini!

INTER TEWAS

Semalam, Inter mengalami kekalahan yang mengejutkan di tangan Udinese. Inter berjaya membuka jaringan pada minit ke-14, sebelum Mauro Icardi menjaringkan gol penyamaan satu minit selepas itu. Namun, Udinese berjaya mendominasi tempo perlawanan pada babak kedua, sekaligus menjaringkan dua gol untuk menjadi pasukan pertama yang berjaya menumpaskan Inter musim ini. Keputusan perlawanan tersebut turut bermakna bahawa Juve boleh mengambil kedudukan ke-2 di carta Serie A sekiranya mereka meraih kemenangan malam ini.

SIMONE VERDI TERUS MENYINAR

Nama Verdi sudah mula disebut oleh wakil kelab-kelab yang lebih besar kerana penyerang Bologna itu berjaya menunjukkan aksi yang cukup menarik setakat ini. Dengan lima gol dan empat ‘assists’ di bawah namanya, Verdi sudah tentu mahu terus menyinar untuk Bologna kerana ia akan membantu peluangnya untuk berhijrah ke kelab yang lebih besar apabila jendela perpindahan bulan Januari dibuka nanti.

GIORGIO CHIELLINI CEDERA

Chiellini memainkan peranan yang cukup penting untuk Juve minggu lepas apabila mereka berjaya melemahkan ancaman Mauro Icardi. Namun, dia tidak akan beraksi malam ini selepas Allegri mengesahkan bahawa tonggak pertahanan mereka mengalami kecederaan otot. Berita ini mungkin memberi impak yang negatif terhadap bahagian pertahanan Juve, yang tidak begitu kental musim ini.

Jom saksikan Live Streaming: Bologna vs Juventus, dibawakan khas oleh Sportsfix.TV!