Berita

Live Streaming Thai Premier League: Thai Port FC vs SCG Muangthong

Jika anda peminat Muangthong, ini adalah perlawanan yang kelab anda jelas tidak mampu tewas. Sekiranya Thai Port FC memenangi perlawanan malam ini, Buriram mungkin boleh meraih kejuaraan liga.

Bagi pasukan Thai Port pula, mereka sudah berjaya keluar daripada zon penyingkiran selepas meraih tiga mata dalam perlawanan terakhir mereka. Namun, perlawanan ini masih penting dari segi keyakinan skuad. Selain itu, mereka juga perlu meraih tiga mata dalam perlawanan ini demi penyokong mereka, yang tidak boleh menyaksikan perlawanan ini selepas mereka dikenakan hukuman oleh Thailand FA.

Perkara yang positif untuk skuad kendalian Jaded Melab adalah mereka tidak mempunyai sebarang masalah kecederaan. Ini bermakna Josimar Rodrigues bakal menjadi penyerang utama mereka dalam perlawanan ini

Muangthong akan turun padang tanpa pemain utama mereka, Lee Ho. Namun, pemain penting lain seperti Kawin Thamsatchanan, Charryl Chappuis dan  juga Teerasil Dangda sudah pasti akan dimainkan pada malam ini.

Jom saksikan Live Streaming Thai Premier League: Thai Port FC vs Muangthong SCG (Hanya untuk pengguna Celcom buat masa ini)