Berita Asia

Live Streaming Chinese Super League: Tianjin Quanjian vs Hebei FC

Pasukan Tianjin akan menerima kunjungan Hebei FC dalam perlawanan Chinese Super League yang sudah pasti menjanjikan aksi yang cukup menarik malam ini.

Perlawanan ini menarik atas dua sebab utama. Pertamanya adalah, Tianjin (5th) hanya empat mata sahaja di belakang Hebei FC (3rd) di carta liga CSL. Ini bermakna bahawa mereka mampu merapatkan jurang tersebut ke satu mata jika berjaya meraih kemenangan malam ini.

Namun, sebab kedua adalah pasukan Hebei mempunyai momentum yang cukup baik. Pasukan kendalian Manuel Pellegrini itu berjaya memenangi lima daripada enam perlawanan terakhir mereka – rekod yang cukup menakutkan, jika anda penyokong Tianjin Quanjian.

Apabila rekod tersebut dibandingkan dengan Tianjin Quanjian, amat terang bahawa pasukan kendalian Fabio Cannavaro itu mempunyai pelbagai masalah untuk diselesaikan. Mereka hanya berjaya meraih dua kemenangan daripada lima perlawanan terakhir mereka.

Walau bagaimanapun, Tianjin bermain sebagai pasukan tuan rumah malam ini, dan itu mungkin boleh memberi mereka tonik untuk mencipta kejutan menentang Hebei FC malam ini.

Jom saksikan Live Streaming Chinese Super League: Tianjin Quanjian vs Hebei FC! (Hanya untuk pengguna Celcom buat masa ini)