Malaysia Berita

Nelo Vingada diberi peranan baru dalam skuad Harimau Malaya

Nelo Vingada telah dilantik sebagai pengurus pasukan Malaysia selepas Datuk Subahan Kamal dilepaskan dari jawatan tersebut.

Berita ini disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin, yang juga berkata bahawa keputusan ini dibuat atas cadangan Presiden FAM, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

“Pelantikan ini dibuat kerana Tunku Ismail mahukan seorang pengurus pasukan sepenuh masa yang boleh sentiasa fokus dengan tugasannya bersama pasukan,” kata Hamidin, melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh FAM.

“Ia juga bagi memudahkan perjalanan pentadbiran pasukan dari aspek pengurusan dan kejurulatihan. Terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Subahan Kamal yang sebelum ini menggalas tugas sebagai pengurus pasukan kebangsaan dalam dua perlawanan kelayakan (Piala Asia) terdahulu.”

Ini bermakna bahawa Vingada akan menggalas dua peranan dalam skuad Harimau Malaysia, bermula daripada perlawanan Malaysia menentang Hong Kong pada malam ini.

Apa pandangan anda tentang keputusan ini?