Malaysia Asia

Video terjahan yang menyebabkan Safiq Rahim dilayang kad merah

Sekali lagi, Malaysia berada di dalam situasi yang susah. Selepas 45 minit, Hong Kong sedang mendahului Malaysia 1-0, namun isu hangat dari separuh masa pertama datang pada minit ke-40.

Selepas dipaksa bermain tanpa penyerang, corak permainan Malaysia sepanjang separuh masa pertama tidak begitu memberangsangkan.

Malangnya, masalah Nelo Vingada menjadi lebih serius apabila kapten pasukan Malaysia, Safiq Rahim dilayangkan kad merah selepas memijak pemain Hong Kong. Tidak sampai tiga minit selepas itu, Hong Kong berjaya buka jaringan melalui gol yang dijaringkan oleh Jordi Tarres.

Berdasarkan video tersebut, apa pandangan anda tentang keputusan pengadil perlawanan untuk memberi kad merah kepada Safiq?