Luar Negara Berita

Harga Ronaldo Nazario lebih mahal daripada Neymar

Neymar mungkin pemain yang paling mahal dalam sejarah bola sepak pada masa ini selepas perpindahan € 222 juta ke PSG, tetapi jika anda mengambil kira inflasi, lagenda Brazil yang hadir sebelum Neymar adalah pemain paling mahal.

Dan beliau adalah Ronaldo Nazario yang pernah menggegarkan dunia bola sepak suatu ketika dahulu.

Satu kajian dari Play Ratings telah mendedahkan bahawa – dengan kadar inflasi yang berubah – perpindahan Ronaldo dari Barcelona ke Inter Milan boleh mencecah € 433 juta di pasaran semasa.

Selepas Ronaldo berjaya menjaringkan 47 gol dalam 49 penampilan buat Barcelona, beliau berpindah ke Inter Milan dengan € 28 juta euro pada tahun 1997 dan telah merekodkan perpindahan terbesar ketika itu.

Play Ratings menjelaskan bahawa pemindahan Ronaldo dari La Liga ke Serie A mampu mencecah dua kali ganda dengan apa yang PSG bayar untuk Neymar.

Dalam senarai tersebut juga terdapat nilai perpindahan Diego Maradona ke Napoli adalah € 345 juta pada masa kini, sementara Michel Platini ke Juventus pada tahun 1983 akan bernilai € 334 juta.