Berita Malaysia

TMJ dedahkan sebab Natxo Insa tidak diberi ‘call-up’ oleh Nelo Vingada

Presiden FAM, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah mendedahkan sebab Natxo Insa masih belum diberi national ‘call-up’ oleh ketua jurulatih Malaysia, Nelo Vingada.

Apabila Vingada mengumumkan senarai pemain dalam skuad Malaysia untuk menentang Hong Kong, ketiadaan Natxo Insa sekali lagi menjadi tanda persoalan yang penting untuk para penyokong pasukan kebangsaan.

Persembahan menarik yang ditunjukkan oleh Insa bersama JDT juga turut memarakkan isu tersebut. Mengapa Insa tidak diberi call-up, sedangkan dia bermain dengan cukup bagus bersama Safiq Rahim di JDT?

Menurut kata TMJ, Insa belum lagi bersedia untuk menyarung jersi kebangsaan dan telah meminta jurulatih untuk dikecualikan dari skuad kebangsaan sehingga tahun depan.

“Insa memberitahu kepada saya bahawa dia bersedia untuk beraksi dalam apa saja perlawanan (bersama skuad kebangsaan) tahun depan. Kita memahami situasinya yang mengharungi musim sukar di Sepanyol sebelum datang ke Malaysia,” TMJ memberitahu FourFourTwo

“Insa tidak mendapat rehat yang cukup dan mahu memberi fokus kepada tugasan dengan kelab dulu,” tambah TMJ.

Sementara Natxo Insa membiasakan diri di tanah air, adiknya Kiko Insa telah diberi call-up sekali lage, selepas bermain ketika Malaysia seri 1-1 menentang Hong Kong di Stadium Hang Jebat pada bulan lepas.

Skuad Malaysia are memulakan latihan pusat di tanah air pada hari ini, sebelum berlepas ke Hong Kong pada 6 Oktober. Mereka dijadualkan bertemu dengan Hong Kong pada 10 Oktober.