Malaysia Asia

8 sebab kenapa penyokong kena hadir di Stadium Hang Jebat malam ini

Seorang penyokong Harimau Malaya yang dikenali sebagai Rimau XI mengajak penyokong hadir beramai-ramai di Stadium Hang Jebat malam ini sempena perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 di antara Malaysia menentang Hong Kong. Beliau telah memberikan 8 sebab kenapa penyokong perlu hadir malam ini. Antara sebab-sebabnya ialah :

1. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah 37 tahun yang lepas (1980). Masa itu Wan Jamak, Chin Aun masih main bola.

 

2. Kali ini Malaysia telahpun tiba ke peringkat terakhir kelayakan (pusingan ketiga). Hanya satu pusingan sebelum ke Piala Asia.

 

 

3. Peluang Malaysia untuk ke Piala Asia masih cerah kerana dapat no. 2 dalam kumpulan sudah memadai untuk layak.

 

4. Hanya tinggal 2 perlawanan home bagi Malaysia

 

 

5. Jika anda tak ke Melaka, baki perlawanan adalah perlawanan away termasuk di Korea Utara

 

 

6. Kemenangan ke atas HK juga penting utk Ranking MA agar kelab dari Malaysia layak ke ACL & Piala AFC

untuk maklumat lanjut, baca artikel ini https://football-tribe.com/malaysia/2017/09/02/analisis-afc-ma-ranking-mampukah-hong-kong-memintas-malaysia/

 

7. Sejak peralihan kepimpinan FAM, Malaysia tak pernah menang. Seri pun tak. 3 kali kalah berturut. Apa kata kita beri sokongan.

 

8. HK juga berjaya mencuri 2 mata apabila seri 1-1 dgn Korea Utara, jadi ini mencerahkan lagi peluang Malaysia.