Liga Super Malaysia

Analisis AFC MA Ranking: Mampukah Hong Kong Memintas Malaysia

Memasuki bulan September 2017, dan berbaki 3 kali kemaskini AFC MA Ranking untuk menentukan apakah Malaysia mampu untuk kekal berada pada kedudukan ke 6 seterusnya mengesahkan slot ke peringkat kumpulan saingan AFC Champions League 2019 dan 2020.

Malaysia sedang bersaing sengit dengan Hong Kong untuk menduduki tangga ke 6 AFC MA Ranking, dan perbezaan semasa adalah hanya 0.606 mata sahaja. Dengan kedua-dua wakil dalam kejohanan kelab peringkat Asia ( AFC Champions League dan AFC Cup ) sudah pun pulang awal, maka mata bagi peringkat kelab tidak akan berubah lagi sehingga musim baru bermula.

Formula pengiraan AFC MA Ranking adalah 90% mata kelab dari kejohanan kelab peringkat Asia dan 10% dari mata FIFA pasukan kebangsaan.

 

Perbezaan Semasa Mata Kelab Malaysia dan Hong Kong

Mengikut kemaskini terbaru AFC pada 19 Ogos 2017, Malaysia mengutip 29.781 mata ( 28.448 mata kelab dan 1.333 mata pasukan kebangsaan ), manakala bagi Hong Kong pula 29.175 mata ( 27.025 mata kelab dan 2.150 mata pasukan kebangsaan ).

Perbezaan mata kelab bagi Malaysia dan Hong Kong adalah sebanyak 1.423 mata memihak kepada Malaysia, manakala perbezaan mata pasukan kebangsaan adalah sebanyak 0.817 memihak kepada Hong Kong.

1.423 mata ini akan kekal dan tiada sebarang perubahan sehingga musim baharu kejohanan kelab peringkat Asia, dan ini adalah kelebihan Malaysia. Sebaliknya, perbezaan 0.817 mata dari pasukan kebangsaan ini akan sentiasa berubah tertakluk kepada mata FIFA Ranking semasa. Untuk makluman juga 0.817 mata ini adalah perbezaan dari kemaskini Ogos 2017, dan akan berubah lagi pada kemaskini 14 September 2017 nanti.

 

Situasi Sekarang Dan Pada 5 September 2017

Pengiraan mata pasukan negara dalam AFC MA Ranking akan melibatkan mata pasukan Iran, pasukan No.1 Asia ketika ini.

Dengan Iran hanya mencatatkan seri ketika bertemu Korea Selatan dan dijadualkan akan menentang Syria pada 5 September 2017, kita boleh meramalkan berapa jumlah mata yang akan diperolehi oleh Iran berdasarkan kebarangkalian keputusan perlawanan itu nanti.

Jika Iran berjaya menewaskan Syria, mereka akan mengumpul 911 mata, jika seri Iran akan memiliki 865 mata dan seterusnya jika tewas kepada Syria, mereka hanya akan mendapat 841 mata.

Bagi pasukan Malaysia dan Hong Kong pula, jumlah mata yang diramal akan diperolehi untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 itu nanti adalah seperti dibawah.

Hong Kong:

  • Menang – 208 mata
  • Seri – 188 mata
  • Kalah – 179 mata

Malaysia:

  • Menang – 146 mata
  • Seri – 126 mata
  • Kalah – 115 mata

 

Impak Perlawanan Hong Kong-Malaysia Pada 5 September 2017

Sudah semestinya perlawanan ini akan memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada ranking FIFA Malaysia, tetapi turut memberikan impak langsung kepada AFC MA Ranking. ( Perebutan #6 dengan Hong Kong ).

Dengan Malaysia sudah tewas dalam 2 perlawanan persahabatan terkini, harapan hanya tinggal perlawanan bertemu Hong Kong sahaja untuk mengutip mata sebelum kemaskini FIFA Rangking pada 14 September nanti.

Magnitud perlawanan ini adalah 2.5 kali ganda lebih besar dari perlawanan persahabatan, jadi ia perlu diambil serius jika diukur kepada impak keputusannya.

 

Berapa Mata AFC MA Ranking Yang Mungkin Dikutip ?

Kami telah membuat analisis berkenaan ramalan jumlah mata yang akan diperolehi oleh Hong Kong dan Malaysia selepas tamat perlawanan pada 5 September 2017 seperti dibawah.

 

Seperti dalam jadual diatas, perhatikan kepada mata dalam FIFA MA Points bagi Hong Kong dan Malaysia.  Tiada peluang bagi Malaysia untuk memintas mata FIFA MA Points Hong Kong sehingga 14 September 2017.

 

Jurang Mata: Lebih besar atau lebih kecil, pilihan ada pada kita sendiri

‘Gap’ semasa FIFA MA Points Malaysia-Hong Kong adalah 0.817 mata, dan kita mampu untuk menjarakkan lagi ‘gap’ ini asalkan tidak tewas bertemu Hong Kong pada 5 September. Jika kalah sekalipun, Hong Kong masih tidak dapat berada di kedudukan ke 6 AFC MA Ranking kerana ‘bantuan’ mata kelab 1.423 mata.

Kami telah sediakan jadual ‘possible margin’ bagi FIFA MA Points untuk Malaysia berdasarkan kebarangkalian keputusan perlawanan itu seperti dibawah.

Margin maksimum yang mampu Malaysia menjarakkan diri dari Hong Kong adalah  jika mampu meraih kemenangan keatas Hong Kong, dan ‘dibantu’ oleh kemenangan Iran keatas Syria ( rujuk kotak paling atas kiri 0.36224  ), jika Iran seri jurang perbezaan akan menjadi 0.38150 dan jika Iran tewas jurang akan menjadi 0.39239 sahaja.

Apabila ditambah dengan kelebihan dari mata kelab 1.423 mata, maka kemenangan keatas Hong Kong mampu memberikan ‘gap’ sekitar 1.03061 hingga 1.06076 mata berbanding ‘gap’ semasa 0.817 mata.

Secara keseluruhannya pula, Hong Kong masih tidak dapat memintas ranking AFC MA Ranking Malaysia pada kemaskini September 2017 walau apa pun keputusan perlawanan itu nanti. Tetapi, kekalah kepada pasukan Malaysia akan meberikan kelebihan kepada Hong Kong menjelang pertemuan kedua ditempat lawan.

3 perkara yang akan menerima impak dari perlawanan ini adalah, naik turun mata/ranking FIFA, kedudukan #6 AFC MA Ranking terjejas, dan peluang Malaysia untuk layak ke saingan akhir Piala Asia 2019. Ia tugas berat, tetapi mampu dilakukan pemain Malaysia.