Berita

Tiada Perhatian Diberikan Kepada Pembangunan Pemain U19 Malaysia

Menurut komen ketua jurulatih U19 Malaysia, Bojan Hodak, pihak-pihak yang bertanggungjawab keatas pembangunan pemain-pemain U19 di Malaysia telah tidak memberikan fokus kepada pemain dalam kumpulan umur ini sejak 2,3 musim yang lalu.

“Kebanyakan pemain dalam kumpulan umur U19 ini tidak cukup pengalaman diperingkat antarabangsa. Mereka seolah-olah ‘terperangkap’ diantara pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil dan para pemain yang beraksi bersama skuad U23 serta pasukan senior.”

Ditanya berkenaan ‘expectation’ di Yangon, Bojan Hodak memberitahu: “Kami menuju Yangon tanpa sebarang tekanan dan ianya sesuatu yang bagus”

“Kami mahukan kemenangan. Terus terang saya katakan, kita hanya mampu untuk mengukur tahap dan kekuatan kita dengan pasukan lain selepas tamatnya kejohanan ini”

Berkenaan dengan kelayakan AFC U19 di Korea Selatan, Bojan Hodak memberitahu beliau hanya mampu untuk memberikan sasaran yang realistik selepas tamat kejohanan AFF di Yangon.

Malaysia yang diundi dalam kumpulan F bersama Korea Selatan, Timor Leste, Brunei dan tuan rumah pusingan akhir Indonesia.

“Korea Selatan berkemungkinan besar akan muncul sebagai juara kumpulan dan Malaysia dan Indonesia akan bersaing untuk naib juara.”

“Majoriti pasukan-pasukan Asia Tenggara lain sudah lama mempersiapkan pasukan remaja mereka bagi kedua-dua kejohanan ini”

“Indonesia telah membuat persiapan sejak 2 tahun lalu dan mereka berada di eropah dalam beberapa kejohanan peringkat umur disana. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Thailand dan Vietnam”

Bojan Hodak dijangka akan mempertaruhkan Hadi Fayyadh dan Akhyar Rashid untuk mengetuai serangan Malaysia di Yangon.