Luar Negara

Sertai Liverpool adalah pilihan yang tepat – Alex Oxlade Chamberlain

Pemain antarabangsa England, Alex Oxlade-Chamberlain menyertai Liverpool daripada pesaingnya di Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, umum kelab baharu beliau sebentar tadi.

Liverpool tidak menyatakan nilai sebenar perpindahan itu, namun dipercayai membayar sebanyak 35 juta pound sterling (RM192.2 juta) bagi mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

“Saya seronok dapat menyertai Liverpool,” kata Oxlade-Chamberlain kepada laman web Liverpool selepas selesai menjalani pemeriksaan perubatan di pangkalan latihan England, di St George’s Park.

“Saya tidak ingin banyak bercakap hari ini. Saya berada di sini bersama pasukan England dan akan berdepan dengan dua perlawanan penting. Saya ingin fokus ke atas kedua-duanya,” .

“Namun saya tidak sabar untuk ke Melwood (pusat latihan Liverpool) dan anda akan dapat mendengar buat pertama kali daripada saya menerusi LFCTV,”.

 

Dipercayai Oxlade-Chamberlain sebelum ini menolak tawaran kontrak baharu daripada Arsenal selain pujukan juara EPL, Chelsea, dengan kedua-duanya dilaporkan menawarkan pakej yang lebih lumayan berbanding The Reds.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan berminat untuk mendapatkan Oxlade-Chamberlain sejak dia beraksi bersama Arsenal menentang bekas kelabnya, Borussia Dortmund pada September 2014.

“Saya sangat, sangat gembira kami berjaya dapat menandatangani Alex,” kata Klopp yang menyaksikan pasukannya menewaskan Arsenal, 4-0 pada Ahad lalu. – AFP

sumber: berita harian