Sukan SEA

Hilang 3 Pemain Penting, Malaysia Calon Juara Paling Kuat – Bima Sakti

Penolong jurulatih skuad Indonesia U22, Bima Sakti menyebut pasukan Malaysia U22 sebagai calon paling kuat untuk  muncul sebagai juara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Skuad Indonesia akan berentap dengan Malaysia dalam peringkat separuh akhir di Stadium Shah Alam esok.

“Malaysia memiliki sebuah pasukan yang bagus. Saya rasa mereka ada peluang untuk muncul juara” ujar beliau.

Pasukan Indonesia hanya muncul sebagai naib juara kumpulan B selepas menewaskan Kemboja 2-0 selepas Thailand berjaya menumbangkan Vietnam 3-0.

Dalam ‘laga’ itu nanti, pasukan Indonesia tidak dapat turun dengan kekuatan penuh apabila 3 pemain penting mereka – Marinus Wanewar, hansamu Yama Pranata dan Hargianto tidak dapat bermain kerana menjalani penggantungan selepas mengumpul kad kuning.

Dari perspektif lain pula, pertemuan diantara Indonesia dan Malaysia sentiasa ‘panas’. Walaupun serumpun dan berjiran, akan timbul pelbagai isu dan pergeseran apabila berbicara mengenai bola sepak.

“Kami sudah berjuang untuk layak ke separuh akhir. Pesanan saya untuk semua penyokong Indonesia dan Malaysia, mari kita bersama-sama menjaga kerukunan dan kerbersamaam” tegas Bima Sakti.