Sukan SEA Berita

Bonus Menanti Pemain Indonesia Jika Berjaya ‘Menekuk’ Malaysia – Pengurus Pasukan, Endri Irawan

Pengurus pasukan Indonesia U22, Endri Irawan menjelaskan kepada media dari Indonesia bahawa beliau telah menyiapkan bonus untuk pemain-pemain jika mampu layak ke saingan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan  ‘menekuk’ Malaysia di separuh akhir esok.

“Pasti ada bonus apabila menewaskan Malaysia. Namun, saya tidak mahu menyatakan berapakah jumlahnya. Biar ini menjadi kejutan.” kata Endri di Hotel Hilton.

Menurutnya lagi, beliau tidak mahu menyatakan jumlah bonus tersebut kerana mahu melihat perjuangan pemain-pemain diatas padang terlebih dahulu.

“Kalau bonus dari saya pasti ada, tetapi nantikan sahaja berapa jumlahnya. Siapa tahu PSSI dan Menpora juga mahu menambah lagi” ujar pengurus skuad Sukan SEA dan juga CEO kelab Mitra Kukar itu.

Dengan begitu, apabila mahu mendapatkan bonus, para pemain Indonesia U22 wajib ‘melibas’ Malaysia dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Shah Alam esok.

Skuad Indonesia mensasarkan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selaras dengan sasaran yang ditetapkan oleh PSSI sendiri kepada skuad itu.