Sukan SEA

Kuota Tiket Separuh Akhir 10 Ribu, Indonesia Akan ‘Kalah Dukungan’

Menjelang pertembungan panas aksi separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2017, untuk pertama kalinya skuad Indonesia akan kalah dari segi sokongan di stadium. Skuad kendalian Luis Milla itu akan menghadapi Malaysia dengan sokongan maksimum 10 ribu penyokong sahaja.

Berbanding dalam saingan peringkat kumpulan B, penyokong skuad Indonesia dilihat banyak mendominasi tempat perlawanan dan ini akan berbeza dalam perlawanan separuh akhir esok.

Ini semuanya berlaku kerana pihak penganjur Sukan SEA telah menetapkan kuota untuk penyokong Indonesia hanya 20 ribu keping tiket sahaja dari keseluruhan kapaisiti stadium yang berjumlah 80 ribu tempat duduk.

Pengurus pasukan, Endri Irawan telah membawa isu kuota tiket itu kepada pihak atasan menggunakan alasa ramainya penyokong Indonesia yang diramalkan akan hadir dalam perlawanan separuh akhir itu nanti.

“Kita cuma diberikan kuota sebanyak 10,000 keping sahaja. Bayangkan stadium yang mempunyai 80 ribu tempat duduk dan kita hanya dapat 10 ribu” ujar beliau berkenaan isu kuota tiket separuh akhir.

“Saya sudah memohon kepada pihak penganjur untuk menaikkan kuota kepada 20 ribu tiket kepada penyokong Indonesia, kerana semasa perlawanan kita, penyokong Indonesia memenuhi hampir segenap ruang stadium. Namun pihak penganjur telah memberikan kata putus untuk tidak memberikan kuota tambahan.” tambahnya lagi.

Dengan keadaan tersebut, sudah pasti pasukan Indonesia akan ‘kalah dukungan’ di Stadium Shah Alam. Namun, pemain seperti hansamu Yama Pranata masih positif.

“Kami tiada masalah. Kami sentiasa bertekad untuk bermain bagus, samada penyokong ada atau pun tidak. Mungkin ada sedikit kerugian tetapi hal itu tidak menjadi masalah bagi kami.” kata kapten u22 Indonesia yang digantung bermain dalam separuh akhir.