Berita

VIDEO: Thailand Tewaskan Korea Utara 3-0 Piala Raja Thai

Thailand berjaya menewaskan wakil Asia dalaam kejohanan tahunan anjuran Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Piala Raja Thai.

Mereka telah menjemput 3 pasukan untuk menyertai kejohanan ini dengan Korea Utara sebagai wakil Asia, Burkina Faso wakil Afrika dan Belarus wakil dari Eropah.

Dalam perlawanan pertama bertemu Korea Utara, Thailand telah menewaskan Korea Utara 3-0 melalui gol Mongkol Tossakrai (Pattaya United), Thitipan Puangchan (Chiangrai United) dan Teerathip Winothai (Bangkok United).

Perlawanan ini diiktiraf oleh FIFA sebagai “A Match” dan Thailand berjaya meraih 222 mata keatas pasukan Korea Utara yang berada di ranking 113.

VIDEO: Thailand menang 3-0 keatas Korea Utara