Other Editions

Diarah Keluar Padang, Nelson Vivas Mengamuk Koyak Baju Gaya Hulk

Bekas pemain Arsenal dan skuad kebangsaan Argentina, Nelson Vivas hilang karektor tenangnya ketika dinafikan sepakan penalti untuk skuad kendaliannya, Estudientes ketika bertemu Boca Juniors.

Kejadian yang bermula apabila penjaga gol Boca Juniors, Agustin Rossi membuat bentesan keatas penyerang Estudientes, Juan Cavallaro dan pengadil perlawanan tidak memberikan sepakan penalti.

Nelson Vivas tidak keseorangan dalam hal itu apabila 8 lagi pemain juga menerima amaran dari pengadil. Perlawanan itu berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.