Liga Super Malaysia

5 Perkara Menarik Mengenai Ghaddar Dan 18 Gol Yang Dijaringkan

11 perlawanan, menjaringkan 18 gol, menakjubkan!

Mohammed Ghaddar, pemain Lebanon yang tidak asing lagi kepada Liga Super Malaysia mencuri tumpuan apabila berjaya menjaringkan 18 gol dari 11 penampilan – ratio 1.63 gol setiap perlawanan.

Walaupun pasukan Kelantan mempunyai pelbagai isu diluar padang yang serius, Ghaddar seolah-olah tidak membernarkan perkara itu menjadi penghalang untuk mencetak gol demi gol untuk Kelantan terus bersaing. Secara keseluruhannya, selepas 12 perlawanan, Kelantan telah menjaringkan 24 gol dan 75% darinya datang dari Ghaddar!

Fakta-fakta Menarik

1) Jumlah gol yang dijaringkan oleh Ghaddar (18 gol ) adalah lebih banyak atau sama dari jumlah gol yang dijaringkan oleh pasukan Perak & PKNS FC ( 18 gol ), Selangor ( 16 gol ), Felda United & Melaka United ( 13 gol ),  Sarawak ( 11 gol ) dan Pulau Pinang ( 8 gol ).

2) Bilangan gol itu juga telah menyamai jumlah gol yang dijaringkan oleh pemenang-pemenang kasut emas divisyen tertinggi bola sepak Malaysia sejak era profesional diperkenalkan 1994.

  • Scott Ollerenshaw (Sabah) 1996 – 18 gol
  • Julio Cesar Rodrigue (Sabah) & Zacharia Simukonda (Perlis) 2005 – 18 gol
  • Nizaruddin Yusof (Perlis)  18 gol – 2009
  • Ashaari Samsudin (Terengganu) 18 gol – 2010
  • Jorge Pereya Diaz ( Johor DT) 18 gol – 2016

3) 7 gol lagi diperlukan oleh Ghaddar untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak Liga Malaysia Sepanjang Zaman dalam 1 musim yang dipegang oleh Hashim Mustapha 1994 – 25 gol.

4) 5 gol lagi untuk berada sebaris dengan Philimon Chipeta (Perlis, 2003) dan Marlon Alex James (Kedah, 2008), sebagai penyerang import paling banyak menjaringkan gol dalam 1 musim – 23 gol.

5) Jika Ghaddar berjaya menjaringkan gol secara konsisten dalam baki 10 perlawanan terakhir Liga Super 2017, beliau akan menjadi pemain kedua dari pasukan Kelantan menerima anugerah kasut emas selepas Hashim Mustapha melakukannya 23 tahun lalu!