Luar Negara

K League: Format Liga Bola Sepak Korea Selatan Yang Sama Seperti Liga Scotland

6_1_top

Korea Selatan merupakan sebuah kuasa besar dalam bola sepak Asia selain dari Jepun, Iran, Australia dan beberapa lagi gergasi Asia yang lain. Segala kekuatan pasukan kebangsaan mereka boleh ditafsirkan sebagai satu refleks dari kejayaan liga domestik mereka sendiri – K League.

Bagaimana K League beroperasi?

Football Channel Malaysia cuba mengupas secara umum bagaimana struktur liga bola sepak profesional di Korea Selatan melalui artikel yang kami hasilkan dibawah ini yang akan menunjukkan kepada kita bagaimana sebuah liga divisyen teratas yang mempunyai 12 pasukan dianjurkan.

K-League merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mengedalikan liga bola sepak profesional di Korea Selatan. Dibawah ini merupakan 4 divisyen teratas kejohanan liga bola sepak Korea Selatan:

  1. K League Classic ( Divisyen 1 ) – 12 pasukan
  2. K League Challenge ( Divisyen 2 ) – 11 pasukan
  3. National League ( Divisyen 3 ) – 10 pasukan
  4. K3 League / Challengers League ( Divisyen 4 ) – 20 pasukan

Tetapi kami hanya akan menerangkan sehingga divisyen 3 – Korean National League sahaja.

Jeonbuk Champions
K League Classic ( Divisyen 1 )

  • Diasaskan pada 1983 sebagai Korea Super League
  • 5 kelab sebagai ‘pioneer’: Hallelujah FC, Yukong Elephants, POSCO Dolphins, DAEWOO Royals, Kookmin Bank FC.
  • 12 pasukan beraksi dalam K League Classic: Gwangju FC, Incheon United, Jeju United, Jeonbuk Hyundai Motors, Jeonnam Dragons, Pohang Steelers, Sangju Sangmu, Seongnam FC, FC Seoul, Suwon FC, Suwon Samsung Blue Wings dan Ulsan Hyundai.
  • Sistem yang digunakan oleh K League adalah sama seperti Scottish Premier League.

Format:

  • Perlawanan K League Classic bleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 3 Round Robin ( Regular Season ) dan Spilt Round ( Post Season ).
  • 3 Round Robin ( Regular Season ) diadadakan kerana kekurangan pasukan. Oleh itu, setiap pasukan akan bermain 33 perlawanan bagi ‘Regular Season’.
  • Spilt Round ( Post Season) : Dibahagikan kepada 2 bahagian berdasarkan kedudukan dalam liga. 6 pasukan teratas akan beraksi dalam kumpulan A dan 6 pasukan terbawah akan beraksi dalam kumpulan B.
  • Mata hasil dari Spilt Round ini akan ditambah kepada mata yang sudah diperolehi dari Regular Season.
  • AFC Champions League:Juara dan Naib Juara K League Classic akan layak ke AFC Champions League secara automatik. Satu lagi slot ke AFC Champions League akan ditentukan dari kejuaraan FA Cup Korea. Korea Selatan hanya mempunyai 3 slot disebabkan slot AFC hanya membenarkan ⅓ dari jumlah pasukan dalam liga utama sesebuah negara.

1461508856_20

K League Challenge ( Divisyen 2 )

  • Diadakan dengan format 4 x Round Robin bagi 11 pasukan yang bertanding: Ansan Mugunghwa FC, Busan IPark, FC Anyang, Bucheon FC 1995, Chungju Hummel, Daegu FC, Daejeon Citizen, Gangwon FC, Goyang Zaicro FC, Geongnam FC, Seoul E-Land FC.
  • Setiap pasukan dalam K League Challenge akan beraksi dalam 40 perlawanan liga semusim.
  • Juara K League Challenge akan layak secara automatik ke K League Classic.
  • Naib Juara, Tempat 3 & 4 akan beraksi dalam perlawanan kelayakan play-off untuk bertemu dengan pasukan di tangga ke 11 K League Classic, bagi menentukan pasukan mana yang akan layak ke saingan K League Classic musim berikutnya.

 

National League ( Divisyen 3 )

  • 10 pasukan bertanding dalam National League dan liga divisyen 3 Korea Selatan ini merupakan sebuah liga amatur walaupun pemain-pemain adalah profesional.
  • Setiap pasukan akan beraksi dalam 27 perlawanan semusim.
  • Musim 2016, liga ini dikenali dengan nama Incheon International Airport National League.
  • Nama pasukan yang bertanding dalam musim 2016 adalah Busan Transportation Corporation FC, Changwon FC
    Cheonan City FC, Daejeon Korail FC, Gangneung City FC, Gimhae FC, Gyeongju Korea Hydro & Nuclear Power FC, Mokpo City FC, Ulsan Hyundai Mipo Dockyard Dolphin dan Yongin City FC.

201510311611777176_563469d03c254

Korea FA Cup

  • Dari 1996-2005, Korea FA Cup dimainkan selepas musim K League tamat.
  • Bagi meningkatkan status piala ini, mulai musim 2006, Korea FA Cup dimainkan sepanjang musim mulai awal Mac dan perlawanan akhir berlangsung pada Disember.
  • Dari 2003-2015 Korea FA Cup dikenali dengan nama Hana Bank FA Cup, dan mulai 2015 hingga sekarang ia dikenali dengan nama KEB Hana Bank FA Cup.
  • Pohang Steelers merupakan pemegang rekod kejuaraan paling banyak sebanyak 4 kali.
Round Draw date Date Matches Clubs New entries this round
First Round 27 February 28 March 8 16 → 8 4 2014 Challengers League 15~18th clubs

4 2014 U-League 17~20th clubs

8 Amateur Football clubs

Second Round 4 April 19 38 → 19 14 2014 Challengers League 1~14th clubs

16 2014 U-League 1~16th clubs

Third Round 11–12 April 20 40 → 20 11 2014 K League Challenge clubs

10 2014 Korea National League clubs

Round of 32 16 April 29 April–13 May 16 32 → 16 12 2014 K League Classic clubs

 

Secara keseluruhannya, jika sesebuah kelab K League Classic berjaya menjadi juara KEB Hana Bank FA Cup, mereka akan beraksi dalam 43 perlawanan semusim tidak termasuk perlawanan AFC Champions League.

Jika pasukan itu layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League, mereka akan mempunyai tambahan 6 perlawanan peringkat kumpulan, 2 Pusingan 16 terbaik, 2 perlawanan suku akhir, 2 perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir.

Sebagai contoh, Jeonbuk Hyundai Motors pada musim 2015, mereka merupakan juara K League Classic, beraksi hingga peringkat suku akhir AFC Champions League dan juga beraksi di pusingan 16 terbaik KEB Hana Bank FA Cup.

 

K League Classic: 38 perlawanan

KEB Hana Bank FA Cup: 3 perlawanan

AFC Champions League: 10 perlawanan

 

Berdasarkan 3 kejohanan diatas, Jeonbuk Hyundai Motors telah beraksi sebanyak 51 perlawanan sepanjang musim 2015!

Inilah cara yang dilakukan oleh Korea Selatan untuk menambahkan jumlah perlawanan bagi pasukan-pasukan yang bertanding dalam K League. Mereka juga telah tidak meneruskan 2 kejohanan domestik iaitu Korean Super Cup dan Korean League Cup.

Rumusan dari artikel ini adalah, kita dapat mengetahui bagaimana sistem yang digunapakai oleh Korea Selatan bagi mengatasi kekurangan jumlah perlawanan liga bola sepak mereka dengan menggunakan sistem split seperti Liga Scotland. Selain itu juga, mereka jelas hanya memberikan fokus kepada kejohanan yang mempunyai merit kepada pasukan K League ke peringkat Asia – AFC Champions League. Mereka hanya bermain untuk Liga dan Piala FA sahaja kerana 2 kejohanan ini sahaja yang mampu untuk membuka peluang besar kepada pasukan K League.