Selangor mencatatkan kemenangan berharga apabila menewaskan Jeonbuk 2-1 dalam saingan AFC Champions League 2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Kesemua 3 gol dijaringkan di separuh masa pertama.
Selangor mendahului pada minit ke-31 menerusi Harith Haiqal, sebelum Ali Olwan menambah gol kedua pada minit ke-33 menjadikan kedudukan 2-0.
Jeonbuk merapatkan jurang dengan jaringan Kwon Chang-hoon pada minit ke-40.
Kelab dari Korea Selatan itu cuba menyamakan kedudukan sepanjang separuh masa kedua, namun Selangor berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 hingga tamat perlawanan.
Bagaimanapun, Yohandry Orozco akan terlepas perlawanan seterusnya selepas dilayangkan kad merah di minit-minit akhir perlawanan.
Selangor meraih 7 mata daripada 3 perlawanan, hanya beza 1 mata di hadapan Jeonbuk.
Selangor akan bertemu Jeonbuk di tempat lawan pada 7 November ini.