Liga Super Malaysia Berita

Hong Wan bintang terbaru JDT

“Saya tanya dia sama ada dia rancang nak hantar bola kepada Arif Aiman,” kata Esteban Solari pada sidang media selepas JDT menjulang Piala FA 2023.

“Tapi dia kata,” Tidak, tidak..saya nak jaringkan gol.”

“Saya cukup gembira dengan dia, anda tak boleh bayangkannya, dia pemain yang selalu berikan segalanya dalam setiap perlawanan, dia selalu bagi lebih daripada biasa, dia selalu nak rebut bola, selalu jaga ruang kosong untuk orang lain.

“Dia muda lagi tapi dia perlu bina keyakinan. Dia tak banyak buat percubaan, dia lagi banyak bertahan, tapi sekarang dia tunjukkan dia ada keupayaan.

“Dia bukan sahaja dalam posisi yang baik dalam perlawanan, tapi dia selalu jaga bola (dari dirampas).

“Dia pemain yang berbakat besar, bakatnya akan terus berkembang, dan kita akan dapat tengok lagi banyak bakatnya di masa akan datang.”