Safawi Rasid memulakan kariernya di Eropah apabila diturunkan dalam perlawanan Portimonense B-23 menentang Sporting CP pagi tadi.
Pemain berusia 23 tahun itu dalam kesebelasan utama pasukan dan beraksi selama lebih 50 minit sebelum digantikan oleh Felipe Dini pada minit ke-56.
Kapten Portimonense B-23, Romulo menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-16 namun Sporting CP menyamakan kedudukan menerusi Rafael Fernandes pada minit ke-27.
Sporting menggandakan kedudukan di separuh masa kedua menerusi Duarte Carvalho pada minit ke-60 sebelum penyerang berusia 17 tahun, Nicolai Skoglund melengkapkan kemenangan pasukannya dengan jaringan pada minit ke-63.
Walaupun Portimonense tewas, ia satu permulaan buat Safawi untuk menyesuaikan dirinya dengan bola sepak Eropah.
Malah, peminat Malaysia berharap Safawi diberikan peluang beraksi dengan pasukan senior nanti.