Liga Super Malaysia Berita

Pemain Terengganu beri sumbangan kepada Tabung Bantuan COVID-19 Negeri Terengganu

Terengganu menjadi pasukan terbaru yang memberikan sumbangan kepada Tabung COVID-19 Negeri.

Menurut kenyataan media rasmi, sumbangan tersebut adalah hasil daripada kutipan derma semua individu termasuk pihak pengurusan, kakitangan, pegawai dan pemain pasukan bermula pada 2 hingga 7 April 2020.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Mohd Syahrizan Mohd Zain menjadi wakil pasukan dengan menyempurnakan sumbangan itu kepada kerajaan negeri.

“Serahan dibuat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Tingkat 15, Wisma Darul Iman oleh Setiausaha Eksekutif PBSNT dan diterima oleh Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Najihah Embong.

“Dengan sumbangan ini, diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesulitan pihak-pihak yang memerlukan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19.”

Pasukan Pantai Timur itu turut mengajak orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Sumbangan boleh dibuat kepada Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu, Bank Islam, akaun 13017010034566 Tentuan Akauntan Negeri Terengganu atau layari Link https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=637586773465574&id=230516164172639