Malaysia Berita

Tekad Ramzi mahu bantu pasukan

Perlawanan Liga Super yang hanya tinggal lapan saingan sahaja lagi musim ini sudah pastinya akan membangkitkan lagi motivasi para pasukan untuk terus memberi saingan pada musim ini.

Bagi pemain sayap Melaka United (MU), Ramzi Haziq Mohamad, beliau bertekad mahu turun membantu pasukan bagi mengharungi baki perlawanan musim ini.

“Selepas diberi tanggungjawab membarisi skuad bimbingan jurulatih, Zainal Abidin Hassan di Alor Setar minggu lalu, ia memberikan saya motivasi untuk terus mengisi tempat dalam kesebelasan utama pasukan,” katanya.

Bagi beliau saingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama bukanlah masalah bagi beliau dan beliau percaya mampu untuk meloloskan diri dalam kesebelasan utama.