Berita AFC Champions League

Hariss tekad mahu berikan yang terbaik

JDT kini berada di hujung tanduk dengan hanya berjaya mengutip satu mata berbanding pasukan lain yang berjaya mengutip mata selesa pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia.

Biarpun berjaya mencatat kemenangan pada aksi bertemu Kashima Antlers, pasukan Harimau Selatan masih perlu mengharapkan pasukan Shandong Luneng untuk menewaskan Kashima, manakala  JDT mencatat keputusan positif ke atas Gyeongnam malam ini untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

“Kami bermain dengan baik dalam permainan kami sebelum ini dan kini masih ada peluang yang kami dapat melayakkan diri, jadi kami sangat gembira dan menanti-nantikan permainan ini,” kata Hariss.

“Gyeongnam mempunyai beberapa pemain yang tinggi dan menyebabkan masalah dalam permainan terakhir kami bertemu mereka, tetapi kami pergi ke sana tanpa kalah.

“Kami tahu kami mempunyai peluang dan kami akan berjuang sehingga akhir. Apa yang berlaku selepas ini, kita akan nampak, tetapi kita akan memberikan tentangan terbaik kita. “