Malaysia Berita

Tiga pemain sudah bersedia naik pangkat

Hasan Basri Ahmad Ridzuan, Hafizal Mohamad dan penjaga gol Sharmiza Yusoff adalah antara tiga nama yang telah bersedia untuk membarisi pasukan Terengganu FC (TFC) seperti yang disebut oleh ketua jurulatih Terengganu FC II (TFC II), Tengku Hazman Raja Hassan.

Beliau turut menyifatkan bahawa mereka bertiga sudah bersedia untuk bermain di peringkat lebih tinggi.

“Jika cakap pemain saya boleh bermain saya rasa keterlaluan tetapi kita sebagai pasukan ‘feeder’ kepada pasukan TFC, kita sedia melepaskan mana-mana pemain yang TFC mahu.

“Bukan saya mahu cadangkan mereka tetapi pada pandangan saya tiga pemain itu boleh diberi peluang untuk beraksi dalam pasukan TFC, lagi pun mereka pernah menyarung jersi T-Team,” katanya