Malaysia Berita

Felda mahu barisi kesebelasan utama

Pengendali Felda United FC, Mohd Nidzam Jamil membayangkan barisau utama bakal diturunkan apabila bertandang ke Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Kata beliau, beberapa pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini sudah menunjukkan tanda untuk kembali membarisi kesebelasan utama serta bersedia jika perlu diturunkan nanti bagi memantapkan pasukan.

“Setakat ini, Hadin Azman yang juga kapten pasukan dan penyerang import, Khairul Amri Mohd Kamal sudah pulih dari kecederaan.

“Jasazrin (Jamaluddin) yang sebelum ini cedera juga sudah mula turun menjalani latihan dengan rakan sepasukan lain dan dijangka boleh beraksi. Cuma, Daniel Amier (Norhisham) yang masih menjalani tempoh pemulihan,” katanya.

Hadin Azman, kapten pasukan Felda juga dikhabarkan bakal mengambil tugasnya kembali nanti.

“Walaupun baru pulih, dia mempamerkan prestasi terbaik dan percaya akan membantu pasukan apabila bertemu Pahang nanti,” katanya.