
Perlawanan terakhir pusingan pertama menemukan Poland dan Senegal di Stadium Spartak. Pengadil yang bertugas pada malam ini ialah Nawaf Shukralla dari Bahrain.
Awal permainan kedua-dua pasukan saling serang-menyerang untuk mendapatkan gol pendahuluan. Namun malang buat pasukan Poland apabila pertahanan T. Cionek menjaringkan gol sendiri pada minit ke-37. Memasuki babak kedua, sekali lagi Poland melepaskan gol kedua akibat kesilapan Szczesny.
Poland mendapat gol saguhati pada minit ke-86 menerusi G. Krychowiak namun mereka terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada pasukan Afrika ini.
Berikut adalah beberapa pemerhatian kami sepanjang perlawanan ini: