Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Analisis: Jepun cipta kejutan, Colombia jadi pasukan pertama dilayangkan kad merah

Jepun berjaya menunjukkan aksi terpuji untuk mengejutkan Colombia dalam perlawanan yang dimenangi mereka 2-1. Colombia yang beraksi tanpa James Rodriguez dalam kesebelasan utama, terpaksa beraksi dengan 10 pemain daripada minit keenam selepas Carlos Sanchez dilayangkan kad merah.

Jaringan daripada Kagawa dan Yuya Osako menjaringkan gol untuk Jepun sementara Juan Quintero menjaringkan gol hasil sepakan percuma cantik buat Colombia. Berikut adalah analisis untuk perlawanan ini.