Liga Super Malaysia Berita

Malaysia terikat seri dengan Cape Verde

Malaysia mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Cape Verde dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur.

Ia keputusan positif buat Harimau Malaya terhadap negara yang menduduki ranking FIFA ke-72 dunia menjelang kelayakan Piala Asia awal bulan depan.

Malaysia bagaimanapun ketinggalan 1-0 apabila Cape Verde menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-8 menerusi Sidney Cabral.

Kedudukan itu kekal sehingga masuk ke separuh masa kedua.

Kemasukan Paulo Josue mengubah kedudukan tersebut apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79.

Kedudukan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Malaysia akan berdepan Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun.