Liga Super Malaysia Berita

ACC2024: Terengganu diundi Kumpulan A, KL City dalam Kumpulan B

Terengganu diundi dalam Kumpulan A manakala KL City diundi dalam Kumpulan B bagi saingan ASEAN Club Championship (ACC) Piala Shopee 2024.

Undian itu dibuat susulan kedudukan Terengganu selaku naib juara Piala Malaysia dan KL City selaku naib juara Piala FA.

Terengganu diundi dalam kumpulan A bersama BG Pathum United, PSM Makassar dan Dong A Thanh Hoa dari Vietnam, dengan 2 pasukan lagi akan disahkan selepas pusingan play0ff.

KL City dalam kumpulan B akan bertemu Buriram United, Borneo Samarinda, Kaya FC, Lion City Sailors dan Cong An Ha Noi dari Vietnam.

Ini kali pertama ACC dipertandingkan, sejak kali terakhir diadakan pada 2005.

Dalam edisi 2005, Pahang yang mewakili Malaysia selaku juara liga berjaya mara ke final namun tewas 4-2 kepada Tampines Rovers.