Berita AFC Cup

Sabah jumpa Macarthur FC pada separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC 2023

Sabah akan bertemu Macarthur FC pada separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC 2023.

Ini selepas kekalahan Sabah 3-1 kepada PSM Makassar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Likas.

Sabah dibolosi 2 gol di separuh masa pertama sebelum merapatkan jurang dengan gol Telmo Castanheira pada minit ke-73.

Namun, Sabah gagal menyamakan kedudukan dalam tempoh 15 minit terakhir perlawanan.

Sebaliknya, Sabah menghadiahkan sepakan penalti kepada PSM yang disempurnakan oleh Everton, sekali gus memberikan kekalahan kedua Sabah dalam saingan Piala AFC musim ini.

Sabah bagaimanapun layak ke separuh akhir selaku juara kumpulan selepas meraih 12 mata.

Pusingan separuh akhir Piala AFC dijangka berlangsung pada Februari tahun depan.