Liga Super Malaysia Berita

Touch’n Go penaja terbaru Liga Malaysia 2023

Syarikat kad pintar, Touch ‘n Go muncul penaja terbaru Liga Malaysia bagi musim 2023 sekali gus menjadi eWallet rasmi MFL musim ini.

Bagi meraikan kerjasama ini, peminat bola sepak kini boleh membeli tiket di laman web www.tickethotline.com.my dengan membayar melalui Touch ‘n Go eWallet untuk mendapat pulangan tunai sebanyak RM5, bagi pembelian minimum sebanyak RM50.

Promosi khas ini diadakan sehingga 31 Mac 2023 tertakluk kepada terma dan syarat.

Pada masa sama, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh membeli tiket dan barangan MFL eksklusif secara terus melalui applikasi eWallet, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Sebagai eWallet pilihan nombor 1 negara dan digunakan lebih 19 juta pengguna,” kata Alan Ni, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn. Bhd.

“Touch ‘n Go eWallet berbangga menjadi eWallet pilihan rakyat yang menyediakan keselamatan, transaksi tanpa tunai dan cara yang selesa kepada pencinta bola sepak untuk mendapatkan tiket perlawanan serta membeli makanan dan barangan lain di stadium.

“Ini kali pertama Touch ‘n Go eWallet menaja sukan bola sepak dan kita pasti kerjasama dengan MFL akan bersifat jangka panjang dan berterusan demi memberikan manfaat kepada bilangan pengguna yang semakin meningkat.”

Penyokong bola sepak juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan bola sepak dan memenangi pelbagai hadiah yang akan dihebahkan melalui media sosial tidak lama lagi.

“Ini satu kolobrasi yang sangat baik,” kata CEO MFL, Stuart Ramalingam.

“Ia memberikan satu dimensi baharu dalam penajaan Liga Malaysia yang kini bergerak ke arah satu perubahan demi kemajuaan semua kelab-kelab yang bertanding.

“Melalui aktiviti yang akan dirancang bersama Touch ‘n Go eWallet sepanjang musim ini, kami percaya penyokong dan kelab akan merasai pengalaman baharu yang menarik serta dapat mendekatkan diri mereka dengan produk-produk Touch ‘n Go eWallet.”