Piala FA Berita

Final Piala FA 2022: 78,000 tiket dijual, harga antara RM50 hingga RM200

Sebanyak 78,000 tiket perlawanan akhir Piala FA 2022 antara Johor Darul Ta’zim dan Terengganu yang berlangsung pada 10 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijual.

Urusan jualan tiket telah diperuntukan kepada kedua-dua pasukan itu untuk dijual kepada penyokong masing-masing bagi memastikan tiket yang dijual dapat dibeli oleh penyokong pasukan finalis secara sama rata dan adil.

Harga tiket bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium Granstand RM150 serta satu kategori baru VIP Grandstand RM200 meskipun berdepan dengan peningkatan kos penganjuran.

Tiket ini bagi memberi lebih pilihan kepada penyokong-penyokong untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan final itu nanti.

Maklumat lanjut mengenai proses jualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh pihak Terengganu dan JDT dalam masa terdekat.