Berita AFC Cup

TMJ: Bajet 10 juta setahun sahaja, tahniah KL City

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mengucapkan tahniah kepada Kuala Lumpur City di atas kejayaan memenangi Piala AFC Zon ASEAN semalam.

Ini selepas pasukan ibu negara itu menewaskan PSM Makassar 5-2 di Stadium Bolasepak Cheras.

“Bajet 10 juta setahun sahaja,” kata TMJ menerusi Instagram miliknya.

“Juara Piala Malaysia, Juara Zon ASEAN Piala AFC. Tahniah KL City FC.

“Satu kerja yang bagus Stanley Bernard, Bojan Hodak dan juga pemain.”

Ini pencapaian kedua terbesar KL di bawah kendalian Bojan selepas muncul juara Piala Malaysia tahun lalu.