Malaysia Berita

Tonton Andy Penders di Football Tribe

Football Tribe Malaysia memperkenalkan rancangan Shoot Your Mouth Off! yang diadakan pada jam 9 malam setiap hari Isnin.

Rancangan yang disiarkan secara langsung menerusi platform yang disediakan oleh Football Tribe membawakan Andy Penders, seorang hos, pengacara dan pengulas yang cukup berpengalaman.

Beliau mempunyai pengalaman selama hampir 20 tahun sebagai pengacara sukan di Asia, terutamanya dengan ESPN Star Sports, Fox Sports dan banyak lagi.

Penders juga pernah menjadi pengacara di Malaysia dan Singapura, serta mengulas dalam perlawanan Liga Malaysia.

Jadi, tidak hairan jika Penders tahu serba-serbi mengenai bola sepak di Malaysia, Singapura, Asia Tenggara, Asia selain daripada mengulas mengenai Premier League dan bola sepak Eropah.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Andy Penders pada jam 9 malam ini di https://live.football-tribe.com/.