Kobe Jae Chong dilaporkan telah menyertai kelab England, Peterborough yang bersaing di EFL Championship musim ini.
Pemain berusia 20 tahun itu menyertai kelab itu pada 18 Ogos lalu, selepas beraksi cemerlang dalam sesi percubaan bersama Peterborough apabila menjaringkan dua gol dan mencipta satu assist dalam perlawanan persahabatan.
⚽️🍽 pic.twitter.com/UQmKfJ6yVy
— KJC (@KobeJae10) August 11, 2021
Prestasinya itu menarik perhatian Peterborough yang membuat keputusan untuk menawarkan kontrak kepadanya.
Ia merupakan saat manis buat Kobe kerana ia adalah kontrak profesional pertama dalam kariernya.
Lots of praise heaped on @KobeJae10 after his 2️⃣ goal and 1️⃣ assist performance for @theposhofficial whilst on trial. #NonLeagueGems pic.twitter.com/9lpwIYjrEW
— Non-League Gems ⚽️💎 (@Non_LeagueGems) August 17, 2021
Beliau meninggalkan Cagliari pada 2017, sebelum menyertai beberapa pasukan Non-League di England termasuk Sutton Coldfield Town FC pada November 2020 lalu.