Liga Super Malaysia Berita

Kedah pasukan Liga Malaysia pertama terima vaksin COVID-19

Kedah menjadi pasukan Liga Malaysia pertama menerima suntikan vaksin dos pertama Covid-19.

Semua pemain dan pegawai pasukan menjalani Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Klinik Kesihatan Kuala Kedah.

Selain pegawai dan pemain pasukan, pihak pengurusan turut disenaraikan sebagai penerima dos pertama vaksin Sinovac dan dos seterusnya selepas tempoh matang 21 hari.

“Pihak pengurusan Kedah mengambil langkah proaktif dengan mendaftarkan pasukan sebagai penerima program imunisasi bagi persediaan awal untuk memastikan keserasian kesihatan pemain dalam tempoh vaksinasi selaras dengan keperluan untuk merentas negara sekitar bulan Jun nanti bagi kejohanan Piala AFC 2021.

“Terima kasih buat semua warga petugas Klinik Kesihatan Kuala Kedah yang memastikan kelancaran penerimaan vaksin berjalan lancar.”

Dalam pada itu, CEO Kedah FC, Khamal Idris Ali berterima kasih kepada petugas barisan hadapan.

“Terima kasih buat semua warga petugas Klinik Kesihatan Kuala Kedah yang memastikan kelancaran penerimaan vaksin kepada pasukan kami,” katanya.

Kedah bakal bersaing dalam Piala AFC untuk zon ASEAN di Singapura pada 22 hingga 28 Jun depan.