Berita AFC Champions League

JDT dibenarkan beraksi ACL2021

Johor Darul Ta’zim (JDT) disahkan dapat beraksi dalam saingan AFC Champions League edisi 2021.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan dan Exco AFC yang meluluskan permohonan juara Liga Super bertanding selepas menarik diri musim lepas kerana tidak mendapat pelepasan daripada kerajaan Malaysia.

“Jawatankuasa pertandingan dan Exco sudah luluskan permohonan JDT,” kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John kepada Utusan.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor dan sokongan kerajaan yang telah memberi surat dan sebagainya.”

Pada 11 Nov lepas, JDT tidak dapat melengkapkan baki saingan peringkat kumpulan di Doha selepas tidak mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk keluar negara kerana bimbang dengan risiko jangkitan wabak Covid-19.

JDT akan menyertai majlis undian ACL 2021 yang berlangsung pada Rabu ini.