Johor Darul Ta’zim bakal melancarkan sebuah pusat pemulihan dan gimnasium pertama tidak lama lagi.
Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata pusat pemulihan itu terletak di pusat latihan dan ia dijangka mula beroperasi pada minggu hadapan.
“Ini akan menjadi pusat pemulihan kelab bola sepak pertama di Asia Tenggara dan akan dikendalikan oleh doktor-doktor dan ahli-ahli fisioterapis sepenuh masa,” katanya menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers.
“Harimau Selatan sentiasa merancang untuk memberikan kemudahan fasiliti terbaik kepada para pemain untuk memastikan kecergasan dan pemulihan berada pada tahap yang optimum.”
Dengan adanya pusat pemulihan sendiri, pemain JDT boleh menjalani proses pemulihan di pusat latihan tanpa perlu menggunakan khidmat luar.
Malah, doktor dan ahli fisioterapi JDT akan membantu pemain pulih dengan lebih efektif.