Malaysia Berita

Wan Kuzri perlu pulang ke Amerika

Jurulatih B-19 negara, Brad Maloney mengesahkan bahawa Wan Kuzri Wan Kamal perlu pulang semula ke negara asalnya Amerika Syarikat.

Katanya, ia merupakan perjanjian bersama kelab Liga Divisyen Kedua Amerika, St. Louis FC sebaik sahaja latihan fasa 1 tamat.

Namun perkara itu membimbangkan apabila Wan Kuzri kemungkinan sukar untuk menyertai latihan fasa kedua berikutan situasi wabak COVID-19.

Bagaimanapun perbincangan akan diadakan bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Wan Kuzain perlu pulang ke kelabnya kerana ia sebahagian daripada perjanjian dan sudah tentu banyak perkara perlu dipertimbangkan kerana dia wajib dikuarantin sekali gus mengambil masa lama untuk menyertai latihan,” katanya kepada Harian Metro.

“Ketika ini, dia menunjukkan prestasi yang begitu baik dan mula serasi dengan rakan yang lain. Diharap latihan akan datang dia akan menunjukkan peningkatan positif.”

Latihan fasa 1 akan berakhir hujung minggu ini sebelum menyambung latihan fasa 2 pada 3 Ogos.