Malaysia Berita

Hairuddin Omar: Pemain hebat sekalipun perlu mula jadi jurulatih akar umbi

Hairuddin Omar menganggap semua jurulatih perlu bermula dengan melatih pemain muda terlebih dahulu sebelum diberi peluang ke tahap yang tinggi.

Bekas pembantu jurulatih Bawah 19 itu menganggap, setiap jurulatih perlu melalui proses tersebut, tidak kira dia seorang pemain hebat seperti Khalid Jamlus sekalipun.

Dengan proses dari akar umbi, barulah ketua jurulatih bagi pasukan Liga Malaysia akan mengenali jurulatih-jurulatih muda mengenai cara mengendalikan latihan dan pendekatannya dalam membantu mengembangkan bakat pemain.

“Kebiasaannya, setiap ketua jurulatih akan memilih atau membawa pembantu jurulatih di kalangan orang mereka sendiri dan mereka akan memilih pembantu serasi dan sesuai dengannya,” katanya kepada Harian Metro.

“Oleh itu, peluang harus diberikan kepada semua jurulatih yang berkelayakan dan bukan hanya kepada Khalid sahaja.”