Liga Super Malaysia Berita

Pemain Kedah mahu tamatkan kontrak?

Beberapa hari selepas Kedah FA mengadakan mesyuarat bagi melantik barisan kepimpinan baharu, salah seorang pemain utama dilaporkan sudah membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan Liga Super itu.

Arena Metro melaporkan, pemain itu merupakan seorang pemain tempatan dan dia sudah mengemukakan surat penamatan kontrak dan meminta pampasan pada 29 Mei lalu dan pihak pengurusan sudah menerima permohonan tersebut.

Pemain itu berkata, keputusan itu dibuat kerana ingin menumpukan perhatian penuh kepada keluarganya dan pada masa sama, mahu meringankan beban pasukan yang menghadapi masalah kewangan dan tunggakan gaji ketika ini.

Mengikut laporan tersebut, pemain itu banyak menyumbang kepada Kedah pernah membantu menjuarai Piala Malaysia 2016 serta pernah beraksi dengan pasukan lain.