Malaysia Berita

Luqman Hakim bakal mohon kebenaran untuk ke Belgium

Luqman Hakim Shamsudin mengakui sudah berhubung dengan pihak KV Kortrijk berkenaan dengan kebarangkalian untuk terbang ke Belgium minggu hadapan.

Pemain berusia 18 tahun itu yang sepatutnya berhijrah ke Eropah pada awal tahun ini terpaksa ditangguhkan selepas penularan wabak COVID-19 menyebabkan seluruh penerbangan antarabangsa dihentikan buat sementara waktu.

Namun, selepas tiga bulan, Luqman kini boleh memohon kebenaran selepas kerajaan membenarkan pergerakan rakyat Malaysia untuk ke luar negara.

“Memang KV Kortrijk sudah panggil. Cuma saya tunggu kerajaan umum kebenaran terbang ke luar negara,” katanya kepada BH Sukan.

“Alhamdulillah, kerajaan sudah umum mengenainya.”

Dalam pengumuman rasmi pada 9 Jun lalu, kerajaan memberi kebenaran ke luar negara bagi kes khas sahaja dan perlu mendapat persetujuan Jabatan Imigresen.