Berita Asia

FAM diberi ruang olih AFC untuk menentukan perjalanan liga

Setiausaha Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul, telah membuat konsesi yang ramah dengan mengatakan bahawa AFC akan bersedia berkompromi jika keputusan yang di pilih olih Persat uan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah luar biasa.

Ia merujuk kepada kemungkinan untuk badan induk tempatan itu meneruskan saingan liga semata-mata manakala dua lagi kejohanan lain seperti Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan musim ini.

Bagaimanapun, FAM masih belum ada sebarang kata putus di sebalik liga Thailand secara rasmi sudah pun membatalkan saingan musim 2020 hari ini.

“Kami boleh berbincang dengan FAM untuk mengambil wakil daripada liga bagi bermain dalam AFC.

“Kami tiada masalah.”

Beliau berkata ketika dihubungi wartawan Nadi Arena, Norsyarafina Nasrom, “Ini disebabkan keadaan ketika ini yang adalah luar biasa.”

Sementara itu, FAM mengikuti jejak langkah penganjur, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), untuk mencari jalan supaya menyelesaikan penentuan slot Piala AFC dan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Keputusan perbincangan di antara FAM dan MFL akan dibuat secara bersama.

“Kami pun tidak tahu mereka mahu melangsungkan Piala FA atau pun Piala Malaysia.

“Hanyalah selepas MFL menetapkan kalendar (perjalanan), barulah kami boleh menentukan slot Piala AFC untuk tahun depan,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.