Liga Super Malaysia Berita

Pemimpin bergaji besar lebih gemar bertikam lidah, tapi para pemain yang teraniaya

Perang media sosial berlaku antara Setiausaha Kehormat Kedah FA, Asmirul Anuar Aris, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam sedang hangat diperkatakan.

Disebabkan isu tunggakan gaji pemain, berlaku pertelingkahan antara pemimpin bergaji besar.

Dalam kalangan pemain pula? Zaquan Adha hanya berharap pemimpin bergaji besar ini membayar gaji mereka.

“Kalau jalan terakhir adalah memotong gaji pemain, saya rasa tiada masalah,” katanya kepada Astro Arena.

“Tetapi kena berdasarkan apa yang sepatutnya pihak pengurusan buat, iaitu bayar baki gaji sebelum ini. Ia lebih adil buat pemain.

“Ada pasukan yang belum membayar gaji sejak Januari lalu lagi. Apabila COVID-19 melanda, gaji pemain dipotong lagi.”

Tidak banyak yang diminta para pemain. Mereka hanya mahu kebajikan pasukan terus terbela.

Bertikam lidahlah macam mana pun, janji bayar gaji pemain.