Liga Super Malaysia Berita

Pemain JDT sumbang gaji untuk Tabung Bencana Negeri Johor

Pemain JDT membuat keputusan untuk menyumbangkan sebahagian daripada gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor ekoran penularan wabak COVID-19.

Kapten pasukan, Hariss Harun berkata sumbangan itu merupakan salah satu inisiatif JDT untuk meringankan beban kepada mereka yang terjejas disebabkan oleh penularan wabak tersebut.

“Penularan wabak COVID-19 telah mencabar setiap dari kita dan masyarakat perlu sama-sama berganding bahu menghadapi waktu mencabar ini,” katanya menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers.

“Saya berharap sumbangan kami dapat membantu banyak pihak dan saya menyeru agar ramai lagi tampil ke hadapan dan melakukan apa jua bentuk sumbangan bagi membantu kita semua mengharungi episod gelap ini.”