Liga Super Malaysia Berita

Selangor bakal potong gaji?

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon berkata pihaknya perlu mengadakan perbincangan mengenai pemotongan gaji pemain susulan penangguhan liga ekoran penularan wabak COVID-19.

Ini selepas Selangor dikatakan bakal membuat pemotongan gaji kerana kekurangan sumber pendapatan disebabkan ketiadaan perlawanan.

Dalam pada itu, jurulatih Selangor, B Sathianathan, hukuman pemotongan elaun ada dalam kontrak pemain jika mereka gagal mengekalkan tahap kecergasan dan berat badan yang ditetapkan.

“Saya tak beri apa-apa denda atau peringatan kepada pemain kerana di dalam kontrak memang diwajibkan untuk mereka sentiasa kekal cergas dan menjaga berat badan,” katanya kepada Arena Metro.

“Kalau berat badan naik dalam tempoh kawalan ini, elaun mereka boleh dipotong oleh pengurusan pasukan kerana tidak mematuhi peraturan pasukan.

“Tapi saya percaya pemain tahu apa yang perlu dilakukan. Malah, setiap hari mereka harus berkongsi video latihan di rumah untuk rekod pasukan.”