Liga Super Malaysia Berita

Selepas hanya 5 bulan, Damian Yeo letak jawatan presiden Melaka United

Damian Yeo Shen Li meletakkan jawatan sebagai Presiden Melaka United Soccer Association pada hari ini susulan berlakunya pertukaran kerajaan negeri Melaka.

Beliau dilantik oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari sebagai presiden pada bulan November tahun lalu.

Namun disebabkan kerajaan negeri Melaka kini diterajui oleh Perikatan Nasional, mereka telah melantik Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali sebagai presiden persatuan yang baharu.

“Dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri pada hari ini, ingin saya meletak jawatan saya sebagai Presiden MUSA berkuat kuasa dengan serta merta, ini adalah termasuk dengan Ecxo-exco yang di lantik oleh saya,” katanya menerusi akaun rasminya di Facebook.

“Apabila saya menerajui sebagai presiden, terdapat RM11.151 juta. 70% adalah hutang pemain-pemain. Selainnya adalah hutang dari pembekal sejak tahun 2016. Dan dibawah pengurusan saya, saya telah menyelesaikan hutang sebanyak RM5.7 juta. Ini termasuk wang sebanyak RM2.6 juta yang dikeluarkan dari pihak saya.

Buat masa ini sebanyak RM1.4 juta masih tertunggak kepada pasukan Piala Presiden 2018/2019, Belia 2018/2019, pengurusan dan agensi statutori yang perlu dibayar. Kerana ini Melaka bakal ditolak mata. Disebabkan isu politik dan koronavirus yang berpanjangan akan dan sedang mengugat masalah kewangan MUSA buat masa ini.

“Jika di beri masa, saya mungkin dapat meyelesaikan masalah hutang ini dan mengukuhkan kewangan MUSA.

“Saya juga berharap semua penyokong teruskan menyokong pasukan Melaka dan saya juga berharap pasukan di bawah MUSA terus ke hadapan.

“Sekiranya Ketua Menteri selaku Presiden yang baharu ingin sebarang bantuan dalam merajui MUSA, saya sentiasa di sini dan sedia membantu beliau untuk kebanggaan Melaka.”