Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Preview Liga Super: Hari Perlawanan Ke-4

Hari ini merupakan kali pertama semua Liga Super diadakan tanpa penonton ekoran penularan wabak COVID-19.

Hari ini juga merupakan perlawanan terakhir liga setakat ini selepas MFL dan FAM membuat keputusan untuk menunda kesemua perlawanan bermula 16 Mac.

Hanya lima perlawanan diadakan selepas aksi PJ City lawan Terengganu ditunda akibat gagal menyediakan venue pada tempoh yang ditetapkan.

Sabah lawan Perak

Sabah mempunyai kelebihan di laman sendiri selepas meraih kemenangan pertama beberapa hari lepas.

Namun Sabah perlu berwaspada dengan Perak, apabila pasukan tersebut meraih empat mata di tempat lawan hasil kemenangan terhadap Terengganu dan seri dengan Selangor.

Melaka United lawan Pahang

Bakal menjadi perlawanan sengit. Melaka mahu kembali bangkit selepas tewas mengejut kepada Felda United.

Pahang pula mahu meneruskan rentak kemenangan dan Dollah Salleh sudah pasti enggan mengalami kekalahan ketiga dalam empat perlawanan setakat ini.

JDT lawan Felda United

JDT satu-satunya pasukan yang mencatatkan tiga kemenangan dalam tiga perlawanan dilihat tidak berdepan masalah apabila bertemu Felda.

Namun dibawah kendalian Nidzam Jamil, Felda telah mempamerkan aksi mengejutkan dengan mengalahkan Melaka beberapa hari lepas.

The tigers won all match againts Felda United last season ✊🏻The game tomorrow live on Unifi! 🔥#JDT#LuaskankuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, March 13, 2020

 

JDT pula dilihat bergelut apabila sekadar menang 1-0 ke atas Kedah, 2-1 ke atas UiTM dan 1-0 ke atas PDRM.

Ketiadaan Safawi Rasid mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada prestasi pasukan, namun sekurang-kurangnya masih mencatatkan kemenangan.

Prepping for tomorrow’s match ! 💪🏻#JDT#LuaskankuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, March 13, 2020

 

Sama ada rentak kemenangan itu dapat diteruskan, akan diketahui malam ini.

UiTM lawan PDRM

Perlawanan paling penting buat UiTM dan PDRM kerana mereka berpeluang untuk meraih kemenangan dan tiga mata berharga.

Kedua-duanya di tangga bawah liga.

PDRM setakat ini hanya menjaringkan satu gol dan bolos empat gol manakala UiTM menjaringkan dua gol dan bolos lima gol.

Kedah lawan Selangor

Perlawanan tumpuan minggu ini. Aidil Sharin pasti mahu meraih kemenangan pertama selepas gagal melakukannya dalam tiga perlawanan setakat ini.

Namun Selangor bukanlah lawan mudah apabila berjaya meraih empat mata di tempat lawan hasil kemenangan ke atas Pahang dan seri 3-3 di Terengganu.

Kedua-dua pasukan mempunyai masalah di bahagian pertahanan, namun Kedah perlu menggunakan kelebihan di laman sendiri untuk meraih kemenangan.

Jika gagal, Kedah akan mengalami kesukaran untuk mengejar pendahulu Liga Super, JDT.