Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Pahang raih kemenangan kedua, Shahrel Fikri selamatkan Perak

Pahang raih kemenangan kedua, Shahrel Fikri selamatkan Perak

Pahang berjaya meraih kemenangan kedua apabila menewaskan Melaka 1-0 di Stadium Hang Jebat.

Pemain gantian Dickson Nwakaeme menjaringkan gol tunggal pada minit ke-67.

 

Dalam satu lagi perlawanan, Perak diikat Sabah 2-2 di Kota Kinabalu.

Sabah mendahului menerusi sepakan percuma Azizzan Nordin seawal minit ke-5.

 

Perak menyamakan kedudukan menerusi Shahrel Fikri pada minit ke-16.

Sabah kembali didepan pada minit ke-27 menerusi jaringan Kassy.

 

Dengan perlawanan tinggal 10 minit, Shahrel sekali lagi menjadi wira Perak apabila menjaringkan gol penyamaan buat kali kedua.